Impian untuk menyambung pelajaran dan meningkatkan kualiti perkhidmatan serta memantapkan profesionalisme dalam kerjaya kini menjadi kenyataan dengan pembelajaran sepanjang hayat dan kemasukan secara APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning atau Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu).
Peka dengan aspirasi MARA dalam melahirkan tenaga kerja yang kompeten selaras dengan pembangunan hala tuju kerjaya warganya, Universiti Tun Abdul Razak atau UNIRAZAK, salah sebuah universiti swasta pertama di Malaysia, menyediakan prasarana digital dan kemudahan pembelajaran secara fleksibel.
Menyediakan platform bagi warga kerja MARA untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan bernilai murni dalam usaha negara mencapai transformasi dan pembangunan yang cekap.
Memupuk pelapis pentadbiran perkhidmatan awam bagi kesinambungan dan kelancaran khidmat-khidmat MARA.
Pengkursusan yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan aspirasi MARA dalam melahirkan modal insan global dan berintegriti dengan mendayakan modal insan dalam strategi MARA
Khusus untuk warga pendidik MARA. Ijazah Sarjana Pendidikan boleh diperolehi dengan durasi pembelajaran hanya 2 Semester sahaja melalui pemindahan kredit daripada Diploma Pascasiswazah dalam Pendidikan (DPLI). (tertakluk kepada kelulusan Ahli Lembaga Senat)
Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan profesional, kemahiran dan ciri-ciri yang khusus untuk berfungsi dengan berkesan sebagai seorang pendidik atau sarjana akademik. Program ini telah disesuaikan untuk pelajar dari pelbagai latar belakang seperti guru, pekerja berbagai sektor, pegawai pendidikan dan bakal penyelidik bidang pendidikan. Pengalaman pelajar-pelajar tersebut akan menjadi komponen penting di dalam program ini.
Program ini bakal melahirkan profesional perniagaan yang berkemampuan menyelesaikan masalah terutamanya dalam pentadbiran korporat.
Kelebihan program ini terletak pada pendedahan yang meluas dalam berbagai aspek perniagaan termasuk projek khidmat sosial. Graduan program ini dijangka akan memperolehi kemahiran dan sifat-sifat yang diperlukan dalam bidang profesional dan komuniti awam.
Pelajar akan memperoleh pengetahuan serta latar belakang dalam pelbagai bidang pengurusan perniagaan termasuk ekonomi, undang-undang, serta matematik dan statistik asas. Pemahaman dalam bidang-bidang tersebut akan mengembangkan pemikiran dan kebolehan dalam pengurusan sebagai individu yang berdaya fikir yang berbeza.
Program ini akan memperkembangkan lagi kemahiran pelajar dalam pembentangan, komunikasi dan penyelidikan, serta kebolehan bertutur di dalam beberapa bahasa. Kerja berkumpulan dan projek yang dijalankan secara kolektif menjadi salah satu tunggak program ini bagi mendedahkan pelajar kepada keunikan dan proses kerja secara berkumpulan antara budaya sama ada bersemuka atau melalui teknologi digital. Program ini juga bertujuan untuk melahirkan pengurus yang cekap, efektif, analitikal dan mempunyai kemahiran komunikasi yang cemerlang serta mempunyai nilai etika dan kesedaran terhadap tanggungjawab sosial.
Individu-individu yang cenderung dan ingin mendalami pendidikan awal kanak-kanak akan melalui program yang direka khusus untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan profesional, kemahiran dan idea inovatif untuk memupuk dan memberi inspirasi kepada minda yang masih muda dan mudah dibentuk.
Program ini mempunyai ciri-ciri khusus untuk meningkatkan kelayakan sebagai pendidik yang berkemahiran komunikasi dan analitik sejajar dengan keperluan industri masa kini.
Selain itu, ia juga membuka peluang kepada bakal pendidik atau pendidik untuk memperolehi kelayakan yang praktikal dan relevan. Setiap kursus direkabentuk untuk memberi peluang kepada pelajar membina pendekatan secara ilmiah dalam pendidikan awal kanak-kanak. Pelajar juga akan memperoleh kepakaran yang diperlukan untuk membina minda pelajar muda.
Pengurusan Awam meliputi pelaksanaan perkhidmatan awam dan pengurusan fungsi-fungsi utama kerajaan. Seorang pengurus awam mengawasi pelaksanaan dasar-dasar awam dan mewakili sektor awam dalam khidmatnya kepada rakyat. Kejayaan dalam bidang ini memerlukan kemahiran-kemahiran kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran, pengurusan projek, belanjawan dan kewangan, komunikasi serta kemahiran antara perseorangan.
Ijazah yang unik ini sesuai bagi mereka yang ingin menceburi bidang kerjaya di dalam sektor awam. Pelajar akan didedahkan kepada asas pengurusan awam di mana tumpuan akan diberikan untuk membina kemahiran teras dalam pengurusan, pentadbiran dan kepimpinan.
Pengurusan Awam di peringkat pengurusan kanan sektor awam memerlukan kemahiran membuat keputusan strategik mengenai perancangan, belanjawan dan pelaksanaan agenda kerajaan. Pengurus di peringkat ini memerlukan kemahiran khusus dalam pengurusan awam strategik, belanjawan dan kewangan sektor awam, kepimpinan pengurusan dan pelaksanaan dasar-dasar awam.
Kursus sarjana ini direka khusus untuk pekerja sektor awam atau yang berminat untuk menceburi atau memajukan kerjaya mereka di dalam sektor awam. Program ini akan mendedahkan pelajar kepada kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh seorang pengurus awam yang berjaya melalui latihan praktikal dan bimbingan tenaga pengajar yang berpengalaman. Penekanan akan diberi untuk menghubungkan kemahiran-kemahiran tersebut dengan analisis profesional pelbagai isu dalam bidang pengurusan sektor awam, analisis dasar, perancangan dan pembangunan bandar.
Bakal pemimpin terutama yang berada di dalam pelan penggantian akan menerokai asas kepimpinan dan juga diberikan status Pengurus Bertauliah (Chartered Manager) melalui kerjasama strategik bersama Chartered Management Institute (CMI).
Status tersebut membolehkan graduan beroperasi dengan berkesan sebagai pengurus profesional dalam mana-mana organisasi yang memupuk dan menggalakkan kemajuan di kalangan pakar-pakar yang berbakat, inovatif dan berdaya usaha.
Program Doktor Falsafah ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkeupayaan menjadi penyelidik dan sarjana yang berkualiti tinggi dalam pelbagai bidang pendidikan. Pelajar akan didedahkan kepada kecekapan teras dalam pembangunan idea penyelidikan yang kritis, inovatif dan baharu dalam mewujudkan rangka kerja teori yang kukuh, metodologi penyelidikan yang teliti dan sumbangan yang bermakna kepada pengetahuan dalam bidang pendidikan.
Pelajar juga akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti penyelidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta menyumbang kepada penerbitan dan komuniti pembelajaran profesional. Program ini juga akan menampilkan aplikasi dan platform digital yang membolehkan pelajar berinteraksi dan bekerjasama dengan rakan sebaya melalui komuniti dalam talian atau persekitaran maya. Ia juga membina kemahiran teknologi yang penting untuk menerajui penyelidikan dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Sijil ini menyediakan pelajar untuk mengajar di Pusat Asuhan Awal Kanak-Kanak, Institusi Pendidikan Rendah dan Menengah serta Institusi Pengajian Tinggi. Kursus-kursus direkabentuk dengan mengambilkira kesesuaian dan keperluan untuk program ini. Manakala, pengalaman bekerja pelajar merupakan komponen utama bagi program ini.
Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan graduan yang mempunyai kualiti dan kebolehan yang diperlukan oleh institusi pengajian dan profesion pendidikan masa kini. Pelajar berpeluang menimba ilmu dan pengalaman dari tenaga pengajar UNIRAZAK yang berpengetahun tinggi dan berpengalaman dalam bidang pendidikan guru, dari peringkat awal kanak-kanak sehingga pendidikan tinggi.
Program pensijilan guru ini bukan sahaja dapat menambah ilmu dan pengetahuan sebagai pendidik tetapi ia juga boleh digunakan untuk mendapatkan kredit dalam program pengajian yang lebih tinggi.
Graduan program ini akan mengembangkan pengetahuan bidang masing-masing, mengkaji perkembangan terbaru atau meningkatkan sumbangan dalam bidang pendidikan. Graduan juga akan berupaya untuk menerapkan teori dan kajian secara kritis dan memahami isu-isu kompleks dalam bidang pendidikan serta amalan atau polisi mengikut konteks yang berkenaan.
Selain itu, program ini akan memberi penekanan pada kemahiran analitikal, sintesis dan memberi penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahkan, cara pembelajaran di dalam program ini yang menekankan teknologi pendidikan dan kandungan yang relevan, pedagogi berasaskan pertanyaan, dan model pendidikan secara digital dimana ianya mampu menghasilkan pengalaman pembelajaran serta pengajaran secara menyeluruh.
Syarat kelayakan umum bagi setiap program pendidikan yang ditawarkan kepada warga kerja MARA adalah seperti yang tertera di dalam pautan di atas
UNIRAZAK juga menyediakan kemasukan secara APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning atau Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu).
APEL ialah proses sistematik yang melibatkan pengenalpastian, dokumentasi dan penilaian pembelajaran pengalaman pekerjaan terdahulu untuk menentukan sejauh mana bakal pelajar telah mencapai hasil pembelajaran yang diperlukan untuk kemasukan ke program pengajian atau untuk pemberian kredit akademik.
Sila layari Halaman APEL untuk maklumat lanjut mengenai proses APEL (A) dan (C). Bakal pelajar boleh memilih pelan terbaik dan sesuai bagi diri mereka.
Centre for Continuing Education akan menerajui penilaian APEL di UNIRAZAK.
Kami akan menghubungi anda semula secepat mungkin
Dimiliki sepenuhnya oleh
YAYASAN PELABURAN BUMIPUTRA
Hubungi Kami
UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK DU005(W)
195A, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur